Memberi sokongan pada barisan hadapan dalam memerangi wabak dengan kerjasama, Persatuan Hokkien Selangor & KL menyumbang bahan keperluan untuk Hospital Kuala Lumpur

Wabak Covid-19 yang sedang melanda negara, jumlah diagnosis yang disahkan juga terus meningkat. Sejauh ini, ia telah mencecah 5,000 kes. Menghadapi jumlah jangkitan yang semakin meningkat, kakitangan perubatan barisan hadapan di hospital kita juga menanggung beban yang berat, mereka berjuang untuk semua pesakit di hospital sepanjang masa. Negara kita dalam kesusahan, kita semua  perlu memikul tanggungjawab bersama. Atas sebab ini, setelah menghubungi kakitangan Pusat Rawatan Covid-19 Hospital Kuala Lumpur, Persatuan Hokkien Selangor dan Kuala Lumpur (Selangor and Kuala Lumpur Hokkien Association) memutus untuk menyumbang 150 kotak air mineral Spritzer botol 500 ml pada 26 Mac 2020 (150 kotak x 24 botol, sejumlah 3600 botol) dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk membantu kakitangan perubatan barisan hadapan dalam menyelesaikan masalah kekurangan bekalan minuman. Air mineral yang berkenaan berjaya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur pada 1 April 2020.

Semasa proses penyelarasan bekalan air mineral dengan kakitangan Hospital Kuala Lumpur, pihak hospital menyatakan bahawa selain air minuman, hospital juga memerlukan bahan makanan kering seperti biskut. Untuk tujuan ini, Persatuan Hokkien Selangor dan Kuala Lumpur segera memesan 40 kotak biskut Julie’s “Wheat Crackers” (120 bungkusan kecil setiap kotak, sejumlah 4800 bungkusan), dan mengatur agar biskut tersebut dihantar ke Hospital Kuala Lumpur pada 16 April 2020.

Pada 10 April 2020 diumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan akan dilanjutkan sehingga 28 April 2020 dan masih terdapat peningkatan kes Covid-19 yang disahkan setiap hari, kakitangan perubatan barisan depan  masih perlu terus memerangi wabak tersebut, dan keperluan bahan harian amat diperlukan. Oleh itu, pada 15 April 2020, Persatuan Hokkien Selangor dan Kuala Lumpur memutuskan agar memesan 150 kotak air mineral Spritzer botol 500 ml (150 kotak x24 botol, sejumlah 3600 botol) ke Hospital Kuala Lumpur, dan ia berjaya tiba di Hospital Kuala Lumpur pada 20 April 2020 untuk membantu menyelesaikan keperluan harian kakitangan perubatan hospital supaya mereka boleh meneruskan tugas rawatan pesakit tanpa kerisauan.

Mendukung perjuangan barisan depan dan bersama-sama memerangi wabak adalah tanggungjawab bersama rakyat seluruh negara. Persatuan Hokkien Selangor dan Kuala Lumpur berharap melalui tindakan untuk kebaikan kakitangan barisan depan tersebut, boleh memupuk semangat kekitaan, semua lapisan masyarakat di Malaysia dapat bersatu hati dan berjuang bersama dalam memerangi wabak tersebut!

1 April 2020, Kakitangan perubatan Hospital Kuala Lumpur menerima 150 kotak air mineral Spritzer botol 500ml yang disumbangkan oleh Persatuan Hokkien Selangor dan Kuala Lumpur.
16 April 2020, Kakitangan perubatan dari Hospital Besar Kuala Lumpur menerima 40 kotak biskut sumbangan daripada Persatuan Hokkien Selangor dan Kuala Lumpur.
20 April 2020, Kakitangan perubatan Hospital Kuala Lumpur menerima 150 kotak air mineral Spritzer botol 500ml yang disumbangkan oleh Persatuan Hokkien Selangor dan Kuala Lumpur.
This entry was posted in 其他各种活动, 雪隆福建会馆活动 and tagged , , , , , , , , . Bookmark the permalink.